Saturday, April 29, 2017

surat rayuan memohon pengurangan deposit elektrik

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI 1
NO. 52, JALAN KOPERASI 1, TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 0125728284
Emel : tamanperpaduankoperasi1@gmail.com
 







Bil( 13  )dlm.STPK1I/SU/2017-2018/SM                                                   21  hb. March  2017


Pengurus Besar
Tenaga Nasional Bhd,
Jalan Besar,
31250 Tanjung Rambutan,
Perak, Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan


RAYUAN  PENGURANGAN  BAYARAN  DEPOSIT ELEKTRIK (RM6,800) UNTUK SEBUAH  SURAU  DI LOT 348973, TAMAN  PERPADUAN  KOPERASI, TAMBUN, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Pertama sekali kami ingin merakamkan setinggi penghargaan diatas kesudian pihak tuan meluluskan permohonan bagi membekalkan elektrik 3 phase (100a) untuk sebuah surau di Lot 348973, Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Untuk makluman tuan, pihak kami menghadapi kesukaran untuk menjelaskan keseluruhan bayaran deposit elektrik (RM6,800) sepertimana yang telah ditetapkan. Ini adalah disebabkan oleh perkara perkara berikut:

a) Surau ini adalah sebuah projek kerajaan di bawah peruntukkan kerajaan Persekutuan yang diuruskan pembinaan oleh JKR Perak.

b) Surau yang dibina bukanlah berorentasikan komersil yakni bukan untuk menjana  keuntungan sebaliknya sebagai memenuhi tuntutan Allah (solat berjemaah) dan juga sebagai platform untuk merapatkan ukhwah sesama penduduk Muslim sekitar.

c) Akaun Pembangunan Surau adalah tidak mencukupi untuk menampung deposit  bekalan eletrik dan air untuk surau ini. Dana sedia ada hanya untuk aktiviti-aktiviti surau seterusnya.


d) Berdasarkan bil eletrik semasa (Surau Sementara), purata penggunaan sebulan 444kWh yakni sekitar lebih kurang RM 200.00 sahaja. Jawatankuasa sememangnya mengawal operasi penggunaan eletrik dan air agar perbelanjaan bil bil tidak tinggi susulan tabungan surau tidak begitu memberansangkan. Operasi penggunaan Sistem Penyaman Udara sentiasa dikawal dalam usaha mengawal perbelanjaan bil eletrik.

3.         Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasabaik pihak tuan untuk mengurangkan kadar bayaran deposit yang dikenakan kepada kami.

4.         Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari tuan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazri b. Abidin ditalian 0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016. Diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

Dengan hormatnya,


MOHD NAZRI B. ABIDIN
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Surau Taman Perpaduan Koperasi 1







s.k

1)            YB Datuk Aminuddin Hj.Md Hanafiah
ADUN Hulu Kinta,
16A, Jalan Susur Medan Tambun,
31400 Ipoh,
Perak, Malaysia



2)            Jabatan Kerja Raya
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


3)            Yakin Kukuh Enterprise
130, Jalan Air Kuning, Taman Mas,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan


4)            Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11A
No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


4)      Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1
No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh ,
Perak Darul Ridzuan






1 comment:

  1. Casino and Sports - drmcd
    For 나주 출장마사지 the 남양주 출장안마 first time in years, NJ sports betting has arrived in 전라남도 출장마사지 Connecticut. You can officially place your bets and wager 충주 출장안마 on 안성 출장안마 sports online from anywhere in New Jersey.

    ReplyDelete