MINIT
MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
TAMAN
PERPADUAN KOPERASI
BIL
1/2012
TARIKH
: 13/11/2012, MASA : 9 MALAM
TEMPAT
: KEDAI MAKAN LORONG 10
Kehadiran :
En Salim bin Dahri
En Arif bin Abu
En Jamil bin Dayan
En Hasbullah bin Hj Osman
En Azhar binAhmad Anuar
En Kamaruzzaman bin Mohamad
En Maidin Abdul Kadir bin Mohd Ali
En Mat Ridhuwan bin Mohamad
En Mohd Nasir bin Paiman
En Mohd Taha bin Alang Othman
En Ramli bin Yeop
En Ronzi bin Liwon
En Zulikfli bin Jusoh
1.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN
PERPADUAN K0PERASI
1.0.1 Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja
Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi telah diadakan pada 13/11/2012.
Berikut disenaraikan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan
Koperasi:
Pengerusi : En Salim bin dahri
Timbalan Pengerusi : En. Ariff bin Abu
Setiausaha 1 : En Jamil bin Dayan
Setiausaha 2 : En Hasbullah bin Hj Osman
Bendahari : En Abdul Rahman Hj Mat
AJK : Ustaz
Daud
Ustaz Salleh
En Azhar binAhmad Anuar
En Kamaruzzaman bin Mohamad
En Maidin Abdul Kadir bin Mohd
Ali
En Mat Ridhuwan bin Mohamad
En Mohd Nasir bin Paiman
En Mohd Taha bin Alang Othman
En Ramli bin Yeop
En Ronzi bin Liwon
En Zulikfli bin Jusoh
2.0 Ucapan
Aluan Pengerusi:
2.0.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang hadir yang telah memilih beliau sebulat suara menjadi pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman PerpaduanKoperasi. Beliau berharap jawatankuasa yang telah
dilantik ini dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam usaha
mempercepatkan pembinaan surau ini.
Beliau memaklumkan
bahawa tapak untuk surau ini telah dinyatakan dalam lukisan oleh pemaju. Adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membuat beberapa tindakan susulan untuk
merizabkan tapak surau ini. Beliau memaklumkan bahawa jawatankuasa telah
menjemput Ustaz Tajuddin untuk memberi
sedikit penerangan dan berkongsi pengalaman beliau yang terlibat secara
langsung dalam jawatankuasa pembinaan surau.
3.0 Penerangan oleh Ustaz Tajuddin:
-
Beliau memaklumkan semua yang terlibat agar
memasang niat yang ikhlas semata mata kerana Allah.
-
Oleh kerana tapak sudah ada, langkah langkah
segera perlu diambil untuk mamacak papan tanda supaya tapak tersebut tidak
terganggu.
-
Kertas kerja hendaklah mengandungi butiran
butiran yang menunjukkan kesungguhan penduduk setempat yang inginkan terbinanya
sebuah surau. Beliau telah menyerahkan contoh kertas kerja kepada setiausaha 1
(En Jamil bin Dayan) untuk menyediakan kertas kerja pembinaan Surau Taman
Perpaduan Koperasi. Antara butiran yang perlu dimasukkan ialah
a)
Sejarah Taman Perpaduan Koperasi
b)
Jawatankuasa Pembinaan Surau yang dilantik
c)
Bilangan penduduk beragama Islam secara rambang
d)
Kesungguhan / kenapa perlunya sebuah surau di
sini.
e)
Lokasi dan plan tapak
f)
Surat Pengesahan oleh Pemaju
g)
Latar belakang rekabentuk dan kos yang terlibat
h)
Surat tapak surau yang digazetkan oleh pejabat
tanah
-
Jawatankuasa perlu mendapatkan surat pengesahan
dari Penyelaras 3 koperasi di Koperasi Perumahan. Surat tersebut hendaklah
dilampirkan dengan surat permohonan merizabkan tapak surau dan pembinaan surau kepada Bahagian Pembinaan
Surau di Masjid Negeri dan dimajukan ke Pejabat Tanah Kinta untuk tindakan
lanjut.
-
Surat juga perlu dimajukan kepada jabatan
Pemetaan Ukur untuk mendapatkan arah kiblat dan semasa kerja kerja menetapkan
arah kiblat dijalankan, jawatankuasa hendaklah member kerjasama dan pada masa
yang sama papan tanda boleh dinaikkan.
-
Untuk tujuan mengutip derma, kebenaran boleh
diperolehi dari Jabatan Agama Islam Perak di Tingkat 4, Kompleks Islam, jalan
Panglima Bukit Gantang.
-
Jawatankuasa yang dilantik dan diberi kuasa
untuk mengutip hendaklah menyerahkan gambar untuk tujuan mengeluarkan kad kuasa
mengutip oleh JAIP.
-
Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua
penduduk beragama Islam dengan menyatakan hasil daripada mesyuarat
Jawatankuasa, telah ditetapkan untuk memohon derma dikalangan penduduk setempat
dan mereka yang berkemampuan.
4.0
Lain lain Hal
4.0.1 Pengerusi mencadangkan agar segera dibuat
perjumpaan dengan pihak koperasi agar
surat pengesahan dapat dikeluarkan segera.
Tindakan : Setiausaha 1,
setiausaha 2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30
malam dan mesyuarat akan datang akan diadakan pada 4 hb Desember 2012 bertempat
di rumah Setiausaha
(En Hasbullah bin Hj Osman)
Disediakan oleh :
En Hasbullah bin Osman
Setiausaha 2
Disahkan Oleh En Salim bin Dahri Pengerusi
En Hasbullah bin Osman
Setiausaha 2
Disahkan Oleh En Salim bin Dahri Pengerusi
Jawatankuasa Pembinaan Surau
Taman Perpaduan Koperasi ,31400 Ipoh
No comments:
Post a Comment