Saturday, April 29, 2017

Surat memohon peralatan (kerusi meja dan kelengkapan) surau


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI 1
NO. 52, JALAN KOPERASI 1, TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 0125728284
 
 

Bil(    )dlm.STPK1I/SU/2016-2018/SM                                                                                         hb. Mac 2017


YB Datuk Haji Aminuddin bin Md Hanafiah
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta
No. 16A, Susur Medan Tambun
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan


Yang Berhormat Datuk


PERMOHONAN MENDAPATKAN BANTUAN/SUMBANGAN PERALATAN KHEMAH, MEJA DAN KERUSI +UNTUK SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, Jawatankuasa Pembangunan Surau telah merancang untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti secara berterusan bagi memperkasa dan memperkukuhkan penghayatan islam seterusnya mengimarahkan lagi surau baharu kelak. Sehubungan dengan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya Yang Berhormat Datuk sudi menghulurkan sumbangan/bantuan berupa 2 buah khemah, meja dan kerusi untuk kegunaan Jawatankuasa Surau dan para jemaah yang memerlukannya.

3.            Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya oleh Yang Berhormat Datuk. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazri b. Abidin ditalian 0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016. Diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Dengan hormatnya,


MOHD NAZRI B. ABIDIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Surau Taman Perpaduan Koperasi 1


s.k

1)            Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11A
No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

2)            Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1
No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


maah/suratmohonkhemah

No comments:

Post a Comment