|
Bil( )dlm.STPK1I/SU/2016-2018/SM hb. November 2016
Pengurus Besar
Tenaga Nasional Berhad
Tanjung Rambutan
31250 Tanjung Rambutan
Perak Darul Ridzuan
Tuan
PERMOHONAN MENDAPATKAN BEKALAN
ELEKTRIK 3 PHASE (100A) UNTUK SEBUAH SURAU DI LOT 348973, TAMAN PERPADUAN
KOPERASI SATU, TAMBUN, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Dengan segala hormatnya merujuk
kepada perkara diatas adalah berkaitan.
2. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang membangunkan
sebuah surau untuk kegunaan warga Taman Perpaduan Koperasi dan penduduk
sekitarnya. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama tuan bagi
membekalkan elektrik (3 phase) ke bangunan surau yang dijangka siap
pembinaannya pada bulan Mac 2017 nanti. Bersama-sama ini dilampirkan salinan
dokumen untuk rujukan dan tindakan pihak tuan seterusnya.
3. Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat
pertimbangan sewajarnya dari tuan. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara
ini, sila hubungi En. Mohd
Nazri b. Abidin
ditalian 0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016. Diatas keprihatinan dan
kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Dengan hormatnya,
MOHD
NAZRI B. ABIDIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Surau
Taman Perpaduan Koperasi 1
s.k
1)
Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
2)
Yakin Kukuh Enterprise
130, Jalan Air Kuning,
Taman Mas,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan
3)
Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
Zon 11A
No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan
4)
Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1
No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh ,
Perak Darul Ridzuan
No comments:
Post a Comment