Penyelaras
3 Koperasi
Koperasi
Perumahan Melayu Kinta
No.
2, Jalan Jaafar Taha
Rapat
Setia, 31350
Ipoh,
Perak
Darul Ridzuan
Tuan,
TAPAK
SURAU LOT 348973 JALAN KOPERASI 6, TMN PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN.
Adalah
dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah
dimaklumkan bahawa saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau
yang mewakili para penduduk beragama Islam ingin mendapatkan pengesahan bahawa
lot 348973 yang disediakan oleh pihak pemaju adalah tapak untuk pembinaan
sebuah Surau seperti yang tercatit dalam lukisan oleh pihak pemaju.
2. Pengesahan ini amat penting dan perlu
disegerakan supaya Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dapat meneruskan usaha
untuk merizabkan tanah lot 348973 sebagai tapak Surau dengan Pejabat Daerah Dan
Tanah Kinta.
3. Perhatian dan tindakan segera pihak Tuan
adalah amat dihargai dan semoga Allah merahmati akan usaha usaha hambanya yang
berbuat kebaikan.
Sekian.
“RAKYAT
DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
SALIM
BIN DAHARI
Pengerusi
Jawatankuasa
Penaja Pembinaan Surau
43,
Jalan Koperasi 10,
Taman
Perpaduan Koperasi
31400
Tambun
Ipoh,
Perak
No comments:
Post a Comment