1. TUJUAN
1.1 Kertas ini disediakan adalah bagi memberi
maklumat dan input yang jelas kepada pihak berkuasa mengenai keperluan untuk
membina sebuah surau di Taman Perpaduan Koperasi bagi kegunaan penduduknya dan
masyarakat Islam berhampiran.
2. NAS AL-QURAN DAN AL HADIS PEMBINAAN
SURAU/MASJID
2.1
Surah At Taubah Ayat 18
“Hanyalah yang
memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada
sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan
termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.
2.2 Maksud Hadith
2.2 Maksud Hadith
Sabda Rasulullah SAW
“Barang siapa yang
membangunakan sebuah masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah
akan membangunakan pula untuknya sebuah mahligai di Syurga”.
(Bukhari & Muslim)
3. LATAR BELAKANG PENDUDUK
3.1 Taman
Perpaduan Koperasi, Tambun terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh iaitu
kira-kira 6 kilometer dari pusat bandaraya dan kurang 2 kilometer dari pasar
raya Giant, Tambun.
3.2 Taman-taman
perumahan bersebelahan ialah Taman Perpaduan Indah, Taman Perpaduan Mulia dan
Taman Bandar Baru Tambun.
3.3 Para
penghuni telah dimaklumkan oleh pihak pemaju bahawa terdapat lokasi khas untuk
pembinaan surau sebagai sebahagian daripada kemudahan yang disediakan bagi
pembeli di taman perumahan ini.
3.4 Terdapat
kira-kira 300 unit rumah teres setingkat dan 2 tingkat di Taman Perpaduan
Koperasi dengan anggaran penduduk seramai 1,000 orang. Majoriti pembeli dan
penyewa di Taman Perpaduan Koperasi terdiri daripada penduduk beragama Islam.
3.5 Sejak
Taman Perpaduan Koperasi dibuka untuk petempatan, para penduduk Islam tidak mempunyai
permis untuk bersolat jamaah dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan
seperti Kelas Pengajian Al Quran, sembelihan qurban, sambutan hari-hari
kebesaran Islam dan sebagainya.
3.6 Sebagai
memenuhi keperluan masyarakat Islam seorang penghuni, Ustaz Daud Bin Zakaria
telah sudi menyediakan kediaman beliau sendiri untuk digunakan untuk solat
fardhu berjamaah dan kelas pengajian Al Quran. Manakala solat tarawih telah
diadakan di atas jalan raya dan aktiviti sembelihan qurban diadakan di kawasan
lapang berhampiran (gambar-gambar dilampirkan).
3.7 Atas
kesedaran dan tuntutan agama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim serta
meningkatkan aktiviti kemasyarakatan para penduduk telah membuat inisiatif
untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi
pada tarikh 13 November 2012.
3.8 Adalah
diharapkan dan menjadi impian setiap penduduk Taman Perpaduan Koperasi dan
penduduk taman-taman bersebelahan agar cadangan pembinaan sebuah surau dapat
direalisasikan.
4.
SPESIFIKASI SURAU TAMAN PERPADUAN
KOPERASI
BIL. PERIHAL KEPERLUAN
1. Kapasiti
Jemaah 150
Orang Jemaah
2. Jenis
Bangunan Bangunan
Satu Tingkat
3. Keluasan
Bangunan 744.6
meter persegi : ( 20.8 x 35.8 ) meter
4. keluasan
Dewan solat 158.8
meter persegi : ( 12.6 x 12.6 ) meter
5. Struktur Konkrit
Tetulang
6. Binaan
Bangunan Batu
Bata berplaster (reinforced)
7. Kemasan
dinding Lepasan
simen ( Plaster luar dan dalam)
8. Bumbung Concrete
tile and Metel deck (kerangka
Bumbung
jenis kayu/besi)
9. Siling 2
x 4 asbestor
10. Kemasan
Cat Emulsion
– kelas Sederhana putih
11. Pintu Pintu
gelungusr aluminium
12. Tingkat Tingkap
aluminium bekaca jernih
13. Kemasan
lantai i. Dewan solat – karpet
ii. Teres Koridor – Jubin Seramik
iii.
Bilik pentadbiran – Jubin seramik
iv.
Kelas – Jubin seramik
v. Bilik Serbaguna – Jubin seramik
vi.
Stor Barangan – Jubin seramik
vii.Teras
Keliling – Lepasan simen
14. Bilik
air/wudhu a. Simpanan air
b.
Tandas Lelaki – 2 Unit
c.
Tandas perempuan – 1 Unit
d.
Tempat Wudhu’ Lelaki – 1 Unit
e.
Tempat Wudhu’ Perempuan – 1 Unit
15. Pendawaian
letrik Single phase – 60 Amphere ( Punca
Utama )
a.
Punca Lampu – double fluorescent with reflector
b.
Punca kipas – kipas siling dan dinding
c.
Punca kuasa 13A – domestic
d.
Punca kuasa 15A – penyaman udara.
16. Lain-lain
kelengkapan - a. Longkang:-
i. 6 inci dalam
ii. 8 inci lebar
iii. Bentuk U
b.
Salur Air
i. UPVC
b.
Pagar
i. Keliling Kawasan pelan tapak
c.
Pintu pagar
i. pintu utama
ii.
2 pintu kecil
d.
Halaman surau
i. Membina gelanggtang sepak takraw dan
badminton
ii. Membina peralatan pemainan taman kanak-
kanak.
iii. Menurap
kawasan halaman surau dengan
batu tar.
5.
ANGGARAN KOS PEMBINAAN
Kos keseluruhan pembinaan Surau Taman Perpaduan
Koperasi ialah RM 800,000.00
( Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Ribu sahaja
).
6.
FASA PEMBINAAN
Terdapat empat ( 4 ) fasa-fasa pembinaan
iaitu :
FASA 1
1. Penentuan
arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
2. Permohonan kebenaran membina surau dan
memohon derma dari Jabatan Agama Islam Perak.
3. Permohonan pengecualian cukai dari
Lembaga Hasil Dalam Negeri.
4. Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja
Pembinaan Surau Al-Muwafiqin.
5. Pengurusan pemilihan dan perlantikan
kontraktor pembinaan.
FASA 2
1. Pengurusan memohon derma dari penduduk
Islam Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
2. Pengurusan memohon derma dari Lembaga
Zakat Perak, Kumpulan Dana
Wakaf, Baitumal Perak dan sebagainya.
3. Pengurusan memohon derma dari
tokoh-tokoh korporat, syarikat-syarikat,
Majikan dan sebagainya.
4. Pengurusan resit dan senarai penderma.
5. Pengurusan rekod dan pangauditan.
FASA 3
1. Pembinaan Suratu Taman Perpaduan
Koperasi, 31400 Tambun
2. Pemantauan dari Jawatankuasa Pembinaan
FASA 4
1. Pengurusan kelengkapan prasarana dan
peralatan Surau Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
2. Pengurusan perasmian Surau Taman
Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
3. Pengurusan memakmurkan suratu Taman
Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
SISTREK / PIN. 1/2009
7. FORMAT ULASAN PERMOHONAN SISTREK
1. NAMA PROJEK : PEMBINAAN SURATU AL-MUWAFIQIN
2. NAMA/ALAMAT : SALIM BIN DAHARI
NO. 43, JALAN KOPERASI
10,
TAMAN PERPADUAN
KOPERASI,
31400 TAMBUN
PERAK.
3. PROFIL KAMPUNG
3.1. NAMA
KAMPUNG : TAMAN PERPADUAN KOPERASI
3.2. DAERAH
: KINTA/DUN : TAMBUN
PARLIMEN
MAKLUMAT SOSIO EKONOMI :
-
PEKERJAAN UTAMA : PESARA/KAKITANGAN
KERAJAAN
-
BILANGAN / PERATUS PPRT : -
-
HASIL UTAMA KERAJAAN : KAKITANGAN
-
BILANGAN PERSATUAN : -
-
LAIN-LAIN
(
SILA NYATAKAN ) : -
3.4. BILANGAN
JEMAAH/PENGGUNA DAN KEKERAPAN PENGGUNANYA:
60 ORANG
JEMAAH
3.5. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN LOKASI
BERKENAAN
(
Sertakan gamba-gambar jika ada):-
a. Berjamaah Fardhu Magrib, Isyak, subuh
b. Kuliah Agama
c. Kelas Agama Kaum Ibu
d. Sambutan Hari Kebersaran Islam ( Israk
& Makraj & Maulidur Rasul.
3.6. KEMUDAHAN ASAS YANG SEDIA TERDAPAT :
JALAN, JAMBATAN BEKALAN
AIR,
BEKALAN ELEKTRIK, SEKOLAH, MASJID/SURAU, BALAI RAYA/ DEWAN
ORANG
RAMAI DAN LAIN-LAIN) :
a. Bekalan Air
b Bekalan Elektrik
c. Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
d. Surau ( Tumpangan Sementara Kepunyaan
Penghuni Taman)
4. MAKLUMAT
ASAS PROJEK YANG DIPOHON : PEMBINAAN SURAU
4.1. Keadaan Kemudahan Yang Sedia Ada ( Tarikh
Dibina, Kos, Muatan,
Keadaan
Fizikal ( Masih Baik/Sederhana / Sudah
Buruk ) Dan Sila
Sertakan
Gambar-Gambar Bangunan Tersebut )
4.2. Projek Yang Dicadangkan ( Diberi
Justifikasi Kenapa Projek Di Perlukan.
- Pembinaan Surau Di Perlukan
Ketiadaan Rumah Ibadah Yang
Beragama Islam
bagi Mendirikan Jemaah Lima Waktu, Kelas Mengaji Al Quran, Kini hanya Menumpang
Rumah Orang di No. 44, Jalan Koperasi 12, Taman Perpaduan Koperasi, 31400
Tambun..
4.3. Pelan Lokasi Dan Pelan Persekitaran ( Di
Lampiran Pelan )
Lot. 348973,
Jalan Koperasi 6, Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
4.4. Status Tapak Semasa Tanah
KERAJAAN/PERSENDIRIAN/ATAU
LAIN-LAIN ( Sila nyatakan juga salinan
Surat/dokumen
berkaitan tanah tersebut)
- Penyelaras 3 Koperasi,
Koperasi
Perumahan Melayu Kinta,
No. 2,
Jalan Jaafar Taha,
Rapat
Setia,
31350
IPOH.
4.5. KELULUSAN PIHAK BERKENAAN : JABATAN AGAMA,
PEJ. DAERAH, PBT
(
Sertakan salinan surat berkaitan )
-
8. ANGGARAN
KOS
( daripada Teknik Kerajaan :
JKR/JPS dan sertakan
Salinan
Surat berkaitan. Jika masjid/surau
hendaklah
Menggunakan
anggaran mengikut Pelan piawai JKR )
8.1. Penyediaan Tapak /Infrastruktur : RM
10,000.00
8.2. Bangunan : RM 100,000.00
8.3. Kerja-Kerja Cerucuk ( Jika ada ) : RM
15,000.00
8.4. Pagar : RM 15,000.00
8.5. Elektrik : RM 15,000.00
8.6. Dataran Kejat : RM 10,000.00
8.7. Bekalan Air : RM 15,000.00
8.8. Lanskap ( jika ada ) : RM
-
8.9. Peralatan Masjid : RM
20,000.00
8.10. Kontigensi : RM
-
JUMLAH : RM200,000.00
8.11. SUMBER PERUNTUKAN LAIN : RM
- TIADA
8.12. PELAN
REKABENTUK, KELUASAN DAN MUATAN BANGUNAN:
(
Dilampiran )
8.13 FAEDAH
SEKIRANYA PROJEK DILAKSANAKAN :
8.14 ULASAN
DAN PERAKUAN PEJABAT DAERAH :
9.0 CARTA ORGANISASI
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA
PENAJA
PEMBINAAN SURAU
TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 TAMBUN
______________________________________________________________________________
PENASIHAT
PENGERUSI
EN SALIM BIN
DAHARI.
TIMBALAN
PENGERUSI
EN ARIF BIN ABU
SETIAUSAHA
EN HASBULLAH BIN HJ OSMAN
EN
JAMIL BIN DAYAN
BENDAHARI
EN MOHD. SHUKRI
BIN ABD AZIZ
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
1.
USTAZ DAUD BIN ZAKARIA
2.
USTAZ MAT SALLEH BIN ZAKARIA
3. EN AZHAR BIN
AHMAD ANUAR
4.
EN KAMARULZAMAN BIN MUHAMMAD
5. EN MAIDIN
ABDUL KADIR BIN MOHD ALI
6. EN MAT
RIDHUWAN BIN MOHAMAD
7. EN MOHD NASIR
BIN PAIMAN
8. EN MOHD TAHA
BIN ALANG OTHMAN
9. EN RAMLI BIN
YEOP
10. EN RONZI BIN
LIWAN
11. EN ZULKIFLI
BIN JUSOH
10. SUMBER
KEWANGAN
10.1 Satu tabung Pembinaan Surau Taman Perpaduan
Koperasi akan dilancarkan bagi membiayai projek pembinaan tersebut.
10.2 Strategi
Kutipan
10.2.1 Kutipan rumah ke rumah dalam kalangan
penduduk Taman Perpaduan Koperasi dan taman-taman bersebelahan.
10.2.2 Kutipan derma dengan kelulusan Majlis
Agama Islam Perak
10.2.3 Pembiayaan melalui Wakaf Binaan Surau
10.2.4 Derma perseorangan/institusi
10.2.5 Peruntukan Kewangan Kerajaan Pusat dan
Negeri
11. PENUTUP
11.1 Jawatankuasa
Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, merasai bahawa untuk
meningkatkan syiar Islam dan mengamalkan suruhan agama dalam kehidupan seharian
dalam masyarakat adalah amat penting sebuah surau didirikan di tapak yang
dicadangkan sendiri oleh pihak pemaju.
11.2 Pembinaan surau
tersebut kelak diharapkan dapat meningkatkan silaturrahim, semangat
bekerjasama, perpaduan dan dimakmurkan sebagai tempat beribadah harian,
pengajian Al Quran, kuliah-kuliah pengajian agama bagi kanak-kanak, orang
dewasa, kaum wanita dan masyarakat sekitar Taman Perpaduan Koperasi.
Disediakan oleh;
HASBULLAH BIN OSMAN
Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja
Pembinaan surau
Taman Perpaduan koperasi.
Disemak oleh;
EN SALIM BIN
DAHARI
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja
Pembinaan surau
Taman Perpaduan
koperasi.
No comments:
Post a Comment