Saturday, April 29, 2017

Wajah-wajah awal pembinaan surau Ittihadiah

Saya masih mengumpulkan gambar- gambar ajk yang terlibat. Sedikit masa lagi ya..
Gambar semasa mesyuarat bilangan 2, JK Pembinaan Masjid Ittihadiah di rumah En Hasbullah (setiausaha).



Surat kepada Tuan Tanah, memohon tapak surau Taman Perpaduan Koperasi

Penyelaras 3 Koperasi
Koperasi Perumahan Melayu Kinta
No. 2, Jalan Jaafar Taha
Rapat Setia, 31350
Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

TAPAK SURAU LOT 348973 JALAN KOPERASI 6, TMN PERPADUAN KOPERASI, TAMBUN.
Adalah dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklumkan bahawa saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau yang mewakili para penduduk beragama Islam ingin mendapatkan pengesahan bahawa lot 348973 yang disediakan oleh pihak pemaju adalah tapak untuk pembinaan sebuah Surau seperti yang tercatit dalam lukisan oleh pihak pemaju.

2.     Pengesahan ini amat penting dan perlu disegerakan supaya Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dapat meneruskan usaha untuk merizabkan tanah lot 348973 sebagai tapak Surau dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Kinta.

3.     Perhatian dan tindakan segera pihak Tuan adalah amat dihargai dan semoga Allah merahmati akan usaha usaha hambanya yang berbuat kebaikan.

Sekian.

“RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”




SALIM BIN DAHARI
Pengerusi
Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau
43, Jalan Koperasi 10,
Taman Perpaduan Koperasi
31400 Tambun
Ipoh, Perak



Minit mesyuarat Pertama jawatankuasa pembinaan surau

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU
TAMAN PERPADUAN KOPERASI
BIL 1/2012
TARIKH : 13/11/2012, MASA : 9 MALAM
TEMPAT : KEDAI MAKAN LORONG 10
Kehadiran :
En Salim bin Dahri
En Arif bin Abu
En Jamil bin Dayan
En Hasbullah bin Hj Osman
En Azhar binAhmad Anuar
En Kamaruzzaman bin Mohamad
En Maidin Abdul Kadir bin Mohd Ali
En Mat Ridhuwan bin Mohamad
En Mohd Nasir bin Paiman
En Mohd Taha bin Alang Othman
En Ramli bin Yeop
En Ronzi bin Liwon
En Zulikfli bin Jusoh

1.0   PEMILIHAN JAWATANKUASA PEMBINAAN SURAU TAMAN PERPADUAN K0PERASI
1.0.1      Pemilihan Ahli Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi telah diadakan pada 13/11/2012. Berikut disenaraikan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi:
Pengerusi : En Salim bin dahri
Timbalan Pengerusi : En. Ariff bin Abu
Setiausaha 1 : En Jamil bin Dayan
Setiausaha 2 : En Hasbullah bin Hj Osman
Bendahari : En Abdul Rahman Hj Mat
AJK :      Ustaz Daud
                                Ustaz Salleh
                                En Azhar binAhmad Anuar
                                En Kamaruzzaman bin Mohamad
                                En Maidin Abdul Kadir bin Mohd Ali
                                En Mat Ridhuwan bin Mohamad
                                En Mohd Nasir bin Paiman
                                En Mohd Taha bin Alang Othman
                                En Ramli bin Yeop
                                En Ronzi bin Liwon
                                En Zulikfli bin Jusoh
2.0   Ucapan Aluan Pengerusi:
2.0.1      Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir yang telah memilih beliau sebulat suara menjadi pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau Taman PerpaduanKoperasi.  Beliau berharap jawatankuasa yang telah dilantik ini dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam usaha mempercepatkan pembinaan surau ini.
Beliau memaklumkan bahawa tapak untuk surau ini telah dinyatakan dalam lukisan oleh pemaju. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuat beberapa tindakan susulan untuk merizabkan tapak surau ini. Beliau memaklumkan bahawa jawatankuasa telah menjemput Ustaz Tajuddin untuk memberi  sedikit penerangan dan berkongsi pengalaman beliau yang terlibat secara langsung dalam jawatankuasa pembinaan surau.
3.0   Penerangan oleh Ustaz Tajuddin:
-          Beliau memaklumkan semua yang terlibat agar memasang niat yang ikhlas semata mata kerana Allah.
-          Oleh kerana tapak sudah ada, langkah langkah segera perlu diambil untuk mamacak papan tanda supaya tapak tersebut tidak terganggu.
-          Kertas kerja hendaklah mengandungi butiran butiran yang menunjukkan kesungguhan penduduk setempat yang inginkan terbinanya sebuah surau. Beliau telah menyerahkan contoh kertas kerja kepada setiausaha 1 (En Jamil bin Dayan) untuk menyediakan kertas kerja pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi. Antara butiran yang perlu dimasukkan ialah
a)      Sejarah Taman Perpaduan Koperasi
b)      Jawatankuasa Pembinaan Surau yang dilantik
c)       Bilangan penduduk beragama Islam secara rambang
d)      Kesungguhan / kenapa perlunya sebuah surau di sini.
e)      Lokasi dan plan tapak
f)       Surat Pengesahan oleh Pemaju
g)      Latar belakang rekabentuk dan kos yang terlibat
h)      Surat tapak surau yang digazetkan oleh pejabat tanah
-          Jawatankuasa perlu mendapatkan surat pengesahan dari Penyelaras 3 koperasi di Koperasi Perumahan. Surat tersebut hendaklah dilampirkan dengan surat permohonan merizabkan tapak surau  dan pembinaan surau kepada Bahagian Pembinaan Surau di Masjid Negeri dan dimajukan ke Pejabat Tanah Kinta untuk tindakan lanjut.
-          Surat juga perlu dimajukan kepada jabatan Pemetaan Ukur untuk mendapatkan arah kiblat dan semasa kerja kerja menetapkan arah kiblat dijalankan, jawatankuasa hendaklah member kerjasama dan pada masa yang sama papan tanda boleh dinaikkan.
-          Untuk tujuan mengutip derma, kebenaran boleh diperolehi dari Jabatan Agama Islam Perak di Tingkat 4, Kompleks Islam, jalan Panglima Bukit Gantang.
-          Jawatankuasa yang dilantik dan diberi kuasa untuk mengutip hendaklah menyerahkan gambar untuk tujuan mengeluarkan kad kuasa mengutip oleh JAIP.
-          Minit mesyuarat hendaklah diedarkan kepada semua penduduk beragama Islam dengan menyatakan hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa, telah ditetapkan untuk memohon derma dikalangan penduduk setempat dan mereka yang berkemampuan.
4.0     Lain lain Hal
4.0.1      Pengerusi mencadangkan agar segera dibuat perjumpaan dengan pihak koperasi  agar surat pengesahan dapat dikeluarkan segera.
Tindakan : Setiausaha 1, setiausaha 2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.30 malam dan mesyuarat akan datang akan diadakan pada 4 hb Desember 2012 bertempat di rumah Setiausaha 
(En Hasbullah bin Hj Osman)

Disediakan oleh :                                                                                      
En Hasbullah bin Osman
Setiausaha 2

 Disahkan Oleh                                                     En Salim bin Dahri                                                       Pengerusi

Jawatankuasa Pembinaan Surau                  
Taman Perpaduan Koperasi ,31400 Ipoh

Surat memohon bekalan elektrik surau


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI 1
NO. 52, JALAN KOPERASI 1, TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 0125728284
 
 
Bil(    )dlm.STPK1I/SU/2016-2018/SM                                                                             hb. November 2016

Pengurus Besar
Tenaga Nasional Berhad
Tanjung Rambutan
31250 Tanjung Rambutan
Perak Darul Ridzuan

Tuan

PERMOHONAN MENDAPATKAN BEKALAN ELEKTRIK 3 PHASE (100A) UNTUK SEBUAH SURAU DI LOT 348973, TAMAN PERPADUAN KOPERASI SATU, TAMBUN, IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas adalah berkaitan.

2.            Untuk makluman tuan, pihak kami sedang membangunkan sebuah surau untuk kegunaan warga Taman Perpaduan Koperasi dan penduduk sekitarnya. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon kerjasama tuan bagi membekalkan elektrik (3 phase) ke bangunan surau yang dijangka siap pembinaannya pada bulan Mac 2017 nanti. Bersama-sama ini dilampirkan salinan dokumen untuk rujukan dan tindakan pihak tuan seterusnya.

3.            Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari tuan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazri b. Abidin ditalian 0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016. Diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Dengan hormatnya,


MOHD NAZRI B. ABIDIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Surau Taman Perpaduan Koperasi 1

s.k

1)            Jabatan Kerja Raya Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

2)            Yakin Kukuh Enterprise
130, Jalan Air Kuning,
Taman Mas,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan 
3)            Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11A
No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

4)            Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1
No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh ,
Perak Darul Ridzuan


Surat memohon peralatan (kerusi meja dan kelengkapan) surau


JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI 1
NO. 52, JALAN KOPERASI 1, TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 0125728284
 
 

Bil(    )dlm.STPK1I/SU/2016-2018/SM                                                                                         hb. Mac 2017


YB Datuk Haji Aminuddin bin Md Hanafiah
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta
No. 16A, Susur Medan Tambun
31400 Ipoh
Perak Darul Ridzuan


Yang Berhormat Datuk


PERMOHONAN MENDAPATKAN BANTUAN/SUMBANGAN PERALATAN KHEMAH, MEJA DAN KERUSI +UNTUK SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI


Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.            Untuk makluman Yang Berhormat Datuk, Jawatankuasa Pembangunan Surau telah merancang untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti secara berterusan bagi memperkasa dan memperkukuhkan penghayatan islam seterusnya mengimarahkan lagi surau baharu kelak. Sehubungan dengan itu, pihak kami amatlah berbesar hati sekiranya Yang Berhormat Datuk sudi menghulurkan sumbangan/bantuan berupa 2 buah khemah, meja dan kerusi untuk kegunaan Jawatankuasa Surau dan para jemaah yang memerlukannya.

3.            Adalah diharapkan agar permohonan kami ini mendapat pertimbangan sewajarnya oleh Yang Berhormat Datuk. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan perkara ini, sila hubungi En. Mohd Nazri b. Abidin ditalian 0125728284 atau Hj. Ahmad Basirruddin b. Harun di talian 0195060016. Diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Dengan hormatnya,


MOHD NAZRI B. ABIDIN
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Surau Taman Perpaduan Koperasi 1


s.k

1)            Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 11A
No 37, Jalan Koperasi 2,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan

2)            Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga TPK1
No 29, Jalan Koperasi 9,
Taman Perpaduan Koperasi,
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan


maah/suratmohonkhemah

Kertas Kerja (proposal) pembinaan surau Taman Perpaduan Koperasi

1.  TUJUAN

1.1       Kertas ini disediakan adalah bagi memberi maklumat dan input yang jelas kepada pihak berkuasa mengenai keperluan untuk membina sebuah surau di Taman Perpaduan Koperasi bagi kegunaan penduduknya dan masyarakat Islam  berhampiran.

2.   NAS AL-QURAN DAN AL HADIS PEMBINAAN SURAU/MASJID

2.1          Surah At Taubah Ayat 18

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk”.

2.2          Maksud Hadith

Sabda Rasulullah SAW
“Barang siapa yang membangunakan sebuah masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan membangunakan pula untuknya sebuah mahligai di Syurga”.
(Bukhari & Muslim)

3.  LATAR BELAKANG PENDUDUK

3.1     Taman Perpaduan Koperasi, Tambun terletak dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh iaitu kira-kira 6 kilometer dari pusat bandaraya dan kurang 2 kilometer dari pasar raya Giant, Tambun.

3.2      Taman-taman perumahan bersebelahan ialah Taman Perpaduan Indah, Taman Perpaduan Mulia dan Taman Bandar Baru Tambun.

3.3       Para penghuni telah dimaklumkan oleh pihak pemaju bahawa terdapat lokasi khas untuk pembinaan surau sebagai sebahagian daripada kemudahan yang disediakan bagi pembeli di taman perumahan ini.

3.4       Terdapat kira-kira 300 unit rumah teres setingkat dan 2 tingkat di Taman Perpaduan Koperasi dengan anggaran penduduk seramai 1,000 orang. Majoriti pembeli dan penyewa di Taman Perpaduan Koperasi terdiri daripada penduduk beragama Islam.

3.5       Sejak Taman Perpaduan Koperasi dibuka untuk petempatan, para penduduk Islam tidak mempunyai permis untuk bersolat jamaah dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Kelas Pengajian Al Quran, sembelihan qurban, sambutan hari-hari kebesaran Islam dan sebagainya.

3.6       Sebagai memenuhi keperluan masyarakat Islam seorang penghuni, Ustaz Daud Bin Zakaria telah sudi menyediakan kediaman beliau sendiri untuk digunakan untuk solat fardhu berjamaah dan kelas pengajian Al Quran. Manakala solat tarawih telah diadakan di atas jalan raya dan aktiviti sembelihan qurban diadakan di kawasan lapang berhampiran (gambar-gambar dilampirkan).

3.7        Atas kesedaran dan tuntutan agama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim serta meningkatkan aktiviti kemasyarakatan para penduduk telah membuat inisiatif untuk menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi pada tarikh 13 November 2012.

3.8        Adalah diharapkan dan menjadi impian setiap penduduk Taman Perpaduan Koperasi dan penduduk taman-taman bersebelahan agar cadangan pembinaan sebuah surau dapat direalisasikan.

4.    SPESIFIKASI SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI

BIL.    PERIHAL                                   KEPERLUAN
1.         Kapasiti Jemaah                                 150 Orang Jemaah
2.         Jenis Bangunan                                    Bangunan Satu Tingkat
3.         Keluasan Bangunan                             744.6 meter persegi :  ( 20.8 x 35.8 ) meter
4.         keluasan Dewan solat                         158.8 meter persegi :  ( 12.6 x 12.6 ) meter
5.         Struktur                                                Konkrit Tetulang
6.         Binaan Bangunan                                Batu Bata berplaster (reinforced)
7.         Kemasan dinding                                Lepasan simen ( Plaster luar dan dalam)
8.         Bumbung                                              Concrete tile and Metel deck (kerangka
                                                                        Bumbung jenis kayu/besi)

9.         Siling                                                   2 x 4 asbestor

10.       Kemasan Cat                                       Emulsion – kelas Sederhana putih

11.       Pintu                                                     Pintu gelungusr aluminium

12.       Tingkat                                                            Tingkap aluminium bekaca jernih

13.       Kemasan lantai                                   i.   Dewan solat – karpet
ii.  Teres Koridor – Jubin Seramik
iii. Bilik pentadbiran – Jubin seramik
iv. Kelas – Jubin seramik
v.  Bilik Serbaguna – Jubin seramik
vi. Stor Barangan – Jubin seramik
vii.Teras Keliling – Lepasan simen

14.       Bilik air/wudhu                                    a.  Simpanan air
                                                                        b. Tandas Lelaki – 2 Unit
                                                                        c. Tandas perempuan – 1 Unit
                                                                        d. Tempat Wudhu’ Lelaki  – 1 Unit
                                                                        e. Tempat Wudhu’ Perempuan – 1 Unit         

15.       Pendawaian letrik                               Single phase – 60 Amphere ( Punca Utama )
                                                                        a.  Punca Lampu – double fluorescent with reflector
                                                                        b.  Punca kipas – kipas siling dan dinding
                                                                        c.  Punca kuasa 13A – domestic
                                                                        d.  Punca kuasa 15A – penyaman udara.

16.       Lain-lain kelengkapan    -                   a. Longkang:-

                                                                        i.    6 inci dalam
                                                                        ii.   8 inci lebar
                                                                        iii.  Bentuk U

                                                                        b.  Salur Air

                                                                        i.   UPVC

                                                                        b.  Pagar

                                                                        i.  Keliling Kawasan pelan tapak

                                                                        c.  Pintu pagar

                                                                        i.  pintu utama
                                                                        ii. 2 pintu kecil

                                                                        d.  Halaman surau

i.   Membina gelanggtang sepak takraw dan  
     badminton

ii.  Membina peralatan pemainan taman kanak-
     kanak.

iii. Menurap kawasan halaman surau dengan
     batu tar.

5.    ANGGARAN KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi ialah RM 800,000.00
( Ringgit Malaysia : Lapan Ratus Ribu sahaja ).
                                                   
6.    FASA PEMBINAAN

Terdapat empat ( 4 ) fasa-fasa pembinaan iaitu :

FASA  1

1.         Penentuan arah Qiblat dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
2.         Permohonan kebenaran membina surau dan memohon derma dari Jabatan Agama Islam Perak.
3.         Permohonan pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.
4.         Penyediaan Dokumentasi Kertas Kerja Pembinaan Surau Al-Muwafiqin.
5.         Pengurusan pemilihan dan perlantikan kontraktor pembinaan.

FASA 2

1.         Pengurusan memohon derma dari penduduk Islam Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
2.         Pengurusan memohon derma dari Lembaga Zakat Perak, Kumpulan Dana
            Wakaf, Baitumal Perak dan sebagainya.
3.         Pengurusan memohon derma dari tokoh-tokoh korporat, syarikat-syarikat,
            Majikan dan sebagainya.
4.         Pengurusan resit dan senarai penderma.
5.         Pengurusan rekod dan pangauditan.

FASA 3

1.         Pembinaan Suratu Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun
2.         Pemantauan dari Jawatankuasa Pembinaan

FASA 4

1.         Pengurusan kelengkapan prasarana dan peralatan Surau Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
2.         Pengurusan perasmian Surau Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.
3.         Pengurusan memakmurkan suratu Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.


                                                                                                            SISTREK / PIN. 1/2009

7.    FORMAT ULASAN PERMOHONAN SISTREK

1.         NAMA PROJEK                                    :           PEMBINAAN SURATU AL-MUWAFIQIN

2.         NAMA/ALAMAT                                  :           SALIM BIN DAHARI
                                                                                    NO. 43, JALAN KOPERASI 10,
                                                                                    TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
                                                                                    31400 TAMBUN
                                                                                    PERAK.
3.         PROFIL KAMPUNG     

            3.1.      NAMA KAMPUNG                  :           TAMAN PERPADUAN KOPERASI

            3.2.      DAERAH : KINTA/DUN                       :           TAMBUN
                        PARLIMEN

            MAKLUMAT SOSIO EKONOMI                       :

-             PEKERJAAN UTAMA                   :           PESARA/KAKITANGAN KERAJAAN

-             BILANGAN / PERATUS PPRT      :           -

-          HASIL UTAMA KERAJAAN             :           KAKITANGAN

-          BILANGAN PERSATUAN               :                       -

-          LAIN-LAIN
( SILA NYATAKAN )                                   :                       -

            3.4.      BILANGAN JEMAAH/PENGGUNA DAN KEKERAPAN PENGGUNANYA:
                                    60 ORANG JEMAAH
3.5.      AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN LOKASI BERKENAAN
                        ( Sertakan gamba-gambar jika ada):-

                        a.         Berjamaah Fardhu Magrib, Isyak, subuh
                        b.         Kuliah Agama
                        c.          Kelas Agama Kaum Ibu
                        d.         Sambutan Hari Kebersaran Islam ( Israk & Makraj & Maulidur Rasul.

            3.6.      KEMUDAHAN ASAS YANG SEDIA TERDAPAT : JALAN, JAMBATAN BEKALAN
                        AIR, BEKALAN ELEKTRIK, SEKOLAH, MASJID/SURAU, BALAI RAYA/ DEWAN
                        ORANG RAMAI DAN LAIN-LAIN)  :

                        a.         Bekalan Air
                        b          Bekalan Elektrik
                        c.          Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun
                        d.         Surau ( Tumpangan Sementara Kepunyaan Penghuni Taman) 

4.         MAKLUMAT ASAS PROJEK YANG DIPOHON            :           PEMBINAAN SURAU

            4.1.      Keadaan Kemudahan Yang Sedia Ada ( Tarikh Dibina, Kos, Muatan,
                        Keadaan Fizikal ( Masih Baik/Sederhana /  Sudah Buruk ) Dan Sila
                        Sertakan Gambar-Gambar Bangunan Tersebut )

            4.2.      Projek Yang Dicadangkan ( Diberi Justifikasi Kenapa Projek Di Perlukan.

                        -           Pembinaan Surau Di Perlukan Ketiadaan Rumah Ibadah Yang
Beragama Islam bagi Mendirikan Jemaah Lima Waktu, Kelas Mengaji Al Quran, Kini hanya Menumpang Rumah Orang di No. 44, Jalan Koperasi 12, Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun..

            4.3.      Pelan Lokasi Dan Pelan Persekitaran ( Di Lampiran Pelan )

Lot. 348973, Jalan Koperasi 6, Taman Perpaduan Koperasi, 31400 Tambun.

            4.4.      Status Tapak Semasa Tanah

                        KERAJAAN/PERSENDIRIAN/ATAU LAIN-LAIN ( Sila nyatakan juga salinan
                        Surat/dokumen berkaitan tanah tersebut)

                        -           Penyelaras 3 Koperasi,
Koperasi Perumahan Melayu Kinta,
No. 2, Jalan Jaafar Taha,
Rapat Setia,
31350 IPOH.

            4.5.      KELULUSAN PIHAK BERKENAAN : JABATAN AGAMA, PEJ. DAERAH, PBT
                        ( Sertakan salinan surat berkaitan )
                       -          

8.     ANGGARAN KOS         ( daripada Teknik Kerajaan : JKR/JPS dan sertakan
                                                            Salinan Surat berkaitan.   Jika masjid/surau hendaklah
                                                            Menggunakan anggaran mengikut Pelan piawai JKR )

            8.1.      Penyediaan Tapak /Infrastruktur        :           RM 10,000.00


            8.2.      Bangunan                                            :           RM 100,000.00


            8.3.      Kerja-Kerja Cerucuk ( Jika ada )         :           RM 15,000.00


            8.4.      Pagar                                                  :           RM 15,000.00


            8.5.      Elektrik                                                 :           RM 15,000.00


            8.6.      Dataran Kejat                                     :           RM 10,000.00


            8.7.      Bekalan Air                                         :           RM 15,000.00


            8.8.      Lanskap ( jika ada )                            :           RM    -


            8.9.      Peralatan Masjid                                 :           RM 20,000.00


            8.10.   Kontigensi                                            :           RM     -


                                                            JUMLAH           :           RM200,000.00
8.11.   SUMBER PERUNTUKAN LAIN                          :           RM -    TIADA
8.12.   PELAN REKABENTUK, KELUASAN DAN MUATAN BANGUNAN:
            ( Dilampiran )


8.13    FAEDAH SEKIRANYA PROJEK DILAKSANAKAN         :


8.14    ULASAN DAN PERAKUAN PEJABAT DAERAH :
9.0 CARTA ORGANISASI

CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PENAJA
PEMBINAAN SURAU TAMAN PERPADUAN KOPERASI,
31400 TAMBUN
______________________________________________________________________________

PENASIHAT
                                                                                                                           
PENGERUSI
EN SALIM BIN DAHARI.

TIMBALAN PENGERUSI
EN ARIF BIN ABU

SETIAUSAHA
EN HASBULLAH BIN HJ OSMAN
EN JAMIL BIN DAYAN

BENDAHARI
EN MOHD. SHUKRI BIN ABD AZIZ

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

                                           1. USTAZ DAUD BIN ZAKARIA
                                           2. USTAZ MAT SALLEH BIN ZAKARIA
3. EN AZHAR BIN AHMAD ANUAR
                                           4. EN KAMARULZAMAN BIN MUHAMMAD
5. EN MAIDIN ABDUL KADIR BIN MOHD ALI
6. EN MAT RIDHUWAN BIN MOHAMAD
7. EN MOHD NASIR BIN PAIMAN
8. EN MOHD TAHA BIN ALANG OTHMAN
9. EN RAMLI BIN YEOP
10. EN RONZI BIN LIWAN
11. EN ZULKIFLI BIN JUSOH
10.  SUMBER KEWANGAN

10.1 Satu tabung Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi akan dilancarkan bagi membiayai projek pembinaan tersebut.

        10.2 Strategi Kutipan

10.2.1      Kutipan rumah ke rumah dalam kalangan penduduk Taman Perpaduan Koperasi dan taman-taman bersebelahan.
10.2.2      Kutipan derma dengan kelulusan Majlis Agama Islam Perak
10.2.3      Pembiayaan melalui Wakaf Binaan Surau
10.2.4      Derma perseorangan/institusi
10.2.5      Peruntukan Kewangan Kerajaan Pusat dan Negeri

11.  PENUTUP

11.1 Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau Taman Perpaduan Koperasi, Tambun, merasai bahawa untuk meningkatkan syiar Islam dan mengamalkan suruhan agama dalam kehidupan seharian dalam masyarakat adalah amat penting sebuah surau didirikan di tapak yang dicadangkan sendiri oleh pihak pemaju.
11.2 Pembinaan surau tersebut kelak diharapkan dapat meningkatkan silaturrahim, semangat bekerjasama, perpaduan dan dimakmurkan sebagai tempat beribadah harian, pengajian Al Quran, kuliah-kuliah pengajian agama bagi kanak-kanak, orang dewasa, kaum wanita dan masyarakat sekitar Taman Perpaduan Koperasi.

Disediakan oleh;

HASBULLAH BIN OSMAN
Setiausaha,
Jawatankuasa Penaja Pembinaan surau
Taman Perpaduan koperasi.

Disemak oleh;

EN SALIM BIN DAHARI
Pengerusi,
Jawatankuasa Penaja Pembinaan surau
Taman Perpaduan koperasi.